Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Merujuk kepada post dalam Sinar Harian(click) pada hari ini.Soi Lek memberi kenyataan mengatakan bahawa anggaran 1.2 juta rakyat akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Dan beliau juga mengatakan bahawa hudud akan terlaksana seandainya PAS menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Niat saya untuk membuat post pada kali ini bukanlah bertujuan untuk mengampu PAS atau merendahkan MCA atau mana-mana parti politik. Tujuan utama saya membuat post pada kali ini ialah untuk menunjukkan bahawa mereka (orang kafir) atau non-muslim takkan sesekali membantu kita menegakkan negara islam atau syariat islam.
Walaupun ada antara mereka yang menyokong hudud, tetapi hakikatnya mereka menyokong atas dasar mereka melihat bahawa sistem undang-undang negara kita pada masa ini sudah rosak dan perlu wujudnya satu sistem yang lain untuk menggantikan sistem yang sudah rosak ini. Tetapi berbeza pula dengan seorang muslim. Seorang muslim melaksanakan hudud kerana ini adalah syariat kita, bukan sekadar undang-undang negara atau sekadar peraturan yang perlu dipatuhi. Bagi seorang muslim hudud adalah amanat yang wajib ditegakkan dan wajib dilaksanakan oleh mana-mana negara islam.
Jadi cuba lihat, sekiranya setelah hudud dilaksanakan dan puak kuffar ini merasakan bahawa sistem ini tidak sesuai dengan mereka. Pasti mereka akan menentang habis-habisan, berbeza pula dengan seorang muslim. Jadi kenapa perlunya untuk kita menagih simpati atau menagih sokongan dari mereka yang tidak beragama islam? Kini mungkin mereka menjadi rakan, tetapi adakah mereka akan tetap menjadi rakan? Kita perlu sedar bahawa seorang muslim dan seorang kafir tidak sama. Cukuplah akidah sebagai perbezaan yang paling ketara sekali. Tetapi tidak bermaksud saya melarang untuk kita berkawan dengan bukan muslim kerana saya juga mempunyai ramai rakan yang tidak beragama islam. Tetapi yang saya cadangkan ialah agar kita semua iaitu setiap jiwa yang merasai bahawa Allah itu tuhan mereka dan Muhammad itu Rasulullah untuk bersatu dan memartabatkan kembali Islam di bumi khususnya di Malaysia sebagai tanah air tercinta.
Jadi bukalah minda dari kongkongan politik semata-mata. Politik memang termasuk dalam Islam, tetapi Islam tidak meletakkan politik sebagai perkara terpenting. Jadi kenapa kita sanggup bergaduh,bercakaran saling aib-mengaibkan sesama muslim sedangkan kesatuan islami adalah antara perkara wajib yang dituntut dalam islam? Kenapa kita saling label-melabelkan pihak lain hanya semata-mata kerana mereka berbeza pendapat? Bukankah perbezaan pendapat itu sendiri adalah rahmat dari Allah?
Bukankah antara Abu Bakar dan Umar Al-Khattab (R.huma) juga sering berlaku pertelingkahan dan perbezaan pendapat? Tetapi kenapa mereka tidak bergaduh atau saling kutuk-mengutuk seperti situasi kita di Malaysia pada masa kini? Saya jamin sekiranya kita buka FB atau baca mana-mana blog pasti kita akan dapat memerhatikan bagaimana UMNO mengaibkan PAS dan PAS mengaibkan UMNO. Adakah itu sifat seorang muslim? Tidakkah kita berasa malu untuk berhadapan dengan Rasullulah dengan perbuatan kita yang mengaibkan saudara islam kita yang lain semata-mata kerana mereka menyokong parti sekian-sekian dan kita menyokong parti sekian-sekian?
Cuba kita melihat kembali sikap Abu Bakar dan Umar Al-Khattab ketika berlakunya percanggahan pendapat antara mereka. Apa yang mereka lakukan? Mereka tidak saling jatuh-menjatuhkan. Mereka juga tidak menghasut sesiapa untuk menyokong mereka. Tetapi apa yang mereka lakukan sekiranya berlaku percanggahan pendapat ialah mereka kembali kepada Al-Quran dan Sunnah sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nisa' ayat 59 ( Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnah))
Kesimpulanya, saya menyeru dan berharap agar kita semua boleh menjauhkan diri dari kesempitan politik semata-mata dan membuka minda dan melihat siapakah musuh kita yang sebenar. Musuh kita bukanlah UMNO. Musuh kita bukanlah PAS. Musuh kita ada Taghut dan para pendokongnya. Moga Allah memberkati usaha setiap insan yang berusahan untuk melaksanakan syariat di Malaysia dan moga Allah kurniakan hidayah kepada mereka yang masih ragu-ragu dan moga Allah tetapkan kita atas jalan ini.
No comments:
Post a Comment
Bismillah