Friday, November 16, 2012

Memoir seorang pejuang

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
 
 Sudah berhabuk blog ini setelah sekian lama tidak update, bukan saya hangat-hangat tahi ayam atau hangat-hangat tahi-tahi yang lain. Tetapi kerana kekurangan masa untuk update blog ini, mungkin sebab masih kurang semangat untuk update blog yang menyebabkan saya tidak mengkhusukan masa untuk update blog ini. Tapi itu cerita lain, saya pasti sudah ramai dari kamu semua yang mengambil berat atau sekurang-kurangnya tahu tentang isu di Gaza dimana Gaza telah diserang oleh zionis Israel.
  
  Namun begitu Hamas hari ini bukanlah seperti Hamas ketika Gaza diserang pada tahun 2008. Hari ini mereka lebih hebat, mereka lebih maju. Roket Hamas pada tahun 2008 hanya boleh pergi sejauh 40-50KM dari Gaza. Kini, roket mereka boleh disasarkan hingga 100KM dari Gaza dan kebetulan pula Tel Aviv iaitu bandar kedua terbesar di Israel juga dalam lingkungan sasaran roket Hamas.
  
  Saya tidak akan update panjang berkenaan dengan isu ini, kerana secara jujurnya saya masih kurang jelas terhadap isu di sana dan saya tidak berani untuk buat ulasan begitu awal berkenaan apa yang terjadi. Tetapi tujuan saya update kali ini ialah kerana saya mendapat ilham. Untuk kongsikan kepada kamu semua, nasihat atau lebih tepat lagi wasiat daripada Syeikh Ahmad Yassin iaitu pengasas Hamas.

KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.

Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.

Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.

Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH


No comments:

Post a Comment

Bismillah