Sudah berlalu kira-kira 7 hari selepas tahun baru, InsyAllah post ini tidak akan bercerita berkenaan sambutan tahun baru yang seperti biasa disambut ala-ala barat. Post ini juga tidak akan menceritakan tentang kes amanat Hadi yang begitu hangat sekali. Post kali ini adalah mengikut kesesuaian kita selaku pelajar yang sedang menempuhi hidup baru dan juga mana-mana insan yang mempunyai azam yang berkobar-kobar.
Orang kata “tahun baru, hidup baru”, “tahun baru, azam baru”, “tahun baru, haru biru” dan lain-lain. Jadi nak Tanya, anda sudah mempunyai azam baru? Serius tipu kalau kata tiada azam baru. Melainkan kalau anda no life atau tiada wawasan 2020. Kalau anda masih tiada azam baru, buat sekarang juga! Okay, kita teruskan dengan agenda utama artikel ini, kenapa perlunya azam ini? Hal ini kerana Melalui azam yang teguh dan usaha yang telus pasti anda dapat mengubah angan-angan kosong menjadi realiti.Dengan keazaman yang tinggi, seseorang itu mampu melakukan perkara yang tidak dijangka, bahkan oleh dirinya sendiri. Tetapi perkara yang mustahil itu bukanlah terbang seperti superman, loncat bangunan seperti spiderman, kuat seperti batman, besar seperti ultraman dan perempuan bertukar man. Tetapi yang dimaksudkan ialah perkara yang dinafikan dari segi kebiasaan.
Sebagai contoh, ketika perang khandak dimana Rasulullah mengatakan bahawa umat islam akan menakhluki Rom dan Parsi. Kecoh kaum munafiqin dan kuffar mengetawakan pihak islam. Umat islam dihina kerana bercita-cita tinggi.Cuba bayangkan ketika itu jumlah tentera Ahzab yang hanya 10 ribu orang pon umat islam terpaksa bersusah payah. Apatah lagi dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu Rom dan Parsi. Cuba bayangkan Najib kata nanti Malaysia akan kalahkan Amerika dan Russia dalam peperangan, apa reaksi anda? Tetapi para sahabat telah membuktikan kata-kata nabi itu bukan angan-angan kosong, mereka telah menggapai apa yang mustahil. “They achieve the impossible”
Antara Angan-angan dan azam
Tetapi sudah pasti, ramai yang berazam dan ramai juga antara
mereka yang berazam hanyalah berazam tanpa usaha atau hangat-hangat tahi ayam.
Kerana itu kita kena bezakan antara cita-cita kosong dan azam. Tiada guna juga
kalau anda bercita-cita untuk mengubah dunia tapi duduk sibuk menghadap
computer atau bercita-cita untuk menjadi kurus tetapi tidak pernah menjaga
pemakanan. Jangan jadi si bodoh yang bercita-cita tinggi.
Antara azam kita dan azam mereka
Perlu ditekankan juga azam kita iaitu muslim tidak
sepatutnya sama dengan azam orang kafir. Kerana azam mereka 100% berkait dengan
dunia sedangkan azam kita tidak lain dan tidak bukan demi akhirat. Apa bezanya
azam anda dan mereka jika azam anda bersifat duniawi seperti berazam untuk
kurus, gaji tinggi, dapat kerja hebat-hebat. Sepatutnya azam anda berbentuk
ukhrawi walau kelihatan duniawi. Sebagai contoh, jika anda berazam untuk kurus.
Berazamlah untuk kurus kerana itu adalah hak badan kita untuk menjadi sihat.
Janganlah menjadi si zalim yang menzalimi badan dengan makanan yang tidak
sihat. Pastikan azam kita berbeza dengan mereka!
Azam pendek dan tinggi
Azam juga boleh dikategorikan sebagai pendek dan tinggi.
Azam pendek ialah azam yang biasa-biasa seperti nak kurus,gaji tinggi atau
berkahwin awal. Kita sebagai muslim tidak sepatutnya berazam benda remeh-temeh
ini. Kita sebagai muslim sepatutnya berazam setinggi langit, malah lebih tinggu
dari itu. Kita sepatutnya berazam untuk menjadi pemuda yang mengubah dunia,
pencipta yang mencipta teknologi terbaru, doktor yang terhebat dalam dunia.
Bukankah nabi pernah berkata jika ingin doakan untuk masuk syurga, doalah untuk
masuk syurga firdaus. Syurga firdaus itu adalah syurga tertinggi iaitu syurga
para nabi dan rasul. Tetapi nabi tetap suruh kita doa untuk masuk syurga
firdaus. Sedarlah, tiada cita-cita yang terlampau tinggi hanya usaha yang perlu
ditinggikan.
Kesimpulannya
Berdasarkan segala hujjah ringkas yang telah saya lontarkan sebentar tadi, kita boleh simpulkan bahawa penghalang pertama bagi azam kita adalah diri kita sendiri. Sebab itu ramai yang gagal mencapai azam-azam yang terdahulu. Tetapi sampai bila kita ingin bersikap begini? Saya nasihatkan semua termasuk diri sendiri, sudah cukup sudah, cukup sampai disini sahaja. Berazamlah setinggi langit untuk tahun yang baru ini, berazamlah untuk mengubah hidup diri. Dan teguhkan pendirian diri, ambilah nasihat para murabbi. Pastikan azam kali ini bukan kata-kata kosong. Tukarkan impian kepada realiti. Walau satu dunia tertawakan kita atau menghalang kita, ingatlah tiada yang dapat menghalang kita dari mencapai cita-cita melainkan diri sendiri.
“Ketahuilah realiti hari ini adalah impian semalam, dan
impian hari ini adalah realiti hari esok”
(Hassan Al-Banna)
"Seorang daie yang cerdik selalu berlumba dengan teman-temannya untuk memikul urusan yang berat-berat, hingga nanti di hari perhimpunan dia menjadi seorang yang memiliki timbangan kebaikan yang sangat berat."
ReplyDeleteAhmad Ar-Rasyid