Tuesday, January 1, 2013

Azam pengubah masa depan

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,

  Sudah berlalu kira-kira 7 hari selepas tahun baru, InsyAllah post ini tidak akan bercerita berkenaan sambutan tahun baru yang seperti biasa disambut ala-ala barat. Post ini juga tidak akan menceritakan tentang  kes amanat Hadi yang begitu hangat sekali. Post kali ini adalah mengikut kesesuaian kita selaku pelajar yang sedang menempuhi hidup baru dan juga mana-mana insan yang mempunyai azam yang berkobar-kobar. 
  
  Orang kata “tahun baru, hidup baru”, “tahun baru, azam baru”, “tahun baru, haru biru” dan lain-lain. Jadi nak Tanya, anda sudah mempunyai azam baru? Serius tipu kalau kata tiada azam baru. Melainkan kalau anda no life atau tiada wawasan 2020. Kalau anda masih tiada azam baru, buat sekarang juga! Okay, kita teruskan dengan agenda utama artikel ini, kenapa perlunya azam ini? Hal ini kerana Melalui azam yang teguh dan usaha yang telus pasti anda dapat mengubah angan-angan kosong menjadi realiti.Dengan keazaman yang tinggi, seseorang itu mampu melakukan perkara yang tidak dijangka, bahkan oleh dirinya sendiri. Tetapi perkara yang mustahil itu bukanlah terbang seperti superman, loncat bangunan seperti spiderman, kuat seperti batman, besar seperti ultraman dan perempuan bertukar man. Tetapi yang dimaksudkan ialah perkara yang dinafikan dari segi kebiasaan.

  Sebagai contoh, ketika perang khandak dimana Rasulullah mengatakan bahawa umat islam akan menakhluki Rom dan Parsi. Kecoh kaum munafiqin dan kuffar mengetawakan pihak islam. Umat islam dihina kerana bercita-cita tinggi.Cuba bayangkan ketika itu jumlah tentera Ahzab yang hanya 10 ribu orang pon umat islam terpaksa bersusah payah. Apatah lagi dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu Rom dan Parsi. Cuba bayangkan Najib kata nanti Malaysia akan kalahkan Amerika dan Russia dalam peperangan, apa reaksi anda? Tetapi para sahabat telah membuktikan kata-kata nabi itu bukan angan-angan kosong, mereka telah menggapai apa yang mustahil. “They achieve the impossible”


Antara Angan-angan dan azam

Tetapi sudah pasti, ramai yang berazam dan ramai juga antara mereka yang berazam hanyalah berazam tanpa usaha atau hangat-hangat tahi ayam. Kerana itu kita kena bezakan antara cita-cita kosong dan azam. Tiada guna juga kalau anda bercita-cita untuk mengubah dunia tapi duduk sibuk menghadap computer atau bercita-cita untuk menjadi kurus tetapi tidak pernah menjaga pemakanan. Jangan jadi si bodoh yang bercita-cita tinggi.

Antara azam kita dan azam mereka

Perlu ditekankan juga azam kita iaitu muslim tidak sepatutnya sama dengan azam orang kafir. Kerana azam mereka 100% berkait dengan dunia sedangkan azam kita tidak lain dan tidak bukan demi akhirat. Apa bezanya azam anda dan mereka jika azam anda bersifat duniawi seperti berazam untuk kurus, gaji tinggi, dapat kerja hebat-hebat. Sepatutnya azam anda berbentuk ukhrawi walau kelihatan duniawi. Sebagai contoh, jika anda berazam untuk kurus. Berazamlah untuk kurus kerana itu adalah hak badan kita untuk menjadi sihat. Janganlah menjadi si zalim yang menzalimi badan dengan makanan yang tidak sihat. Pastikan azam kita berbeza dengan mereka!

Azam pendek dan tinggi

Azam juga boleh dikategorikan sebagai pendek dan tinggi. Azam pendek ialah azam yang biasa-biasa seperti nak kurus,gaji tinggi atau berkahwin awal. Kita sebagai muslim tidak sepatutnya berazam benda remeh-temeh ini. Kita sebagai muslim sepatutnya berazam setinggi langit, malah lebih tinggu dari itu. Kita sepatutnya berazam untuk menjadi pemuda yang mengubah dunia, pencipta yang mencipta teknologi terbaru, doktor yang terhebat dalam dunia. Bukankah nabi pernah berkata jika ingin doakan untuk masuk syurga, doalah untuk masuk syurga firdaus. Syurga firdaus itu adalah syurga tertinggi iaitu syurga para nabi dan rasul. Tetapi nabi tetap suruh kita doa untuk masuk syurga firdaus. Sedarlah, tiada cita-cita yang terlampau tinggi hanya usaha yang perlu ditinggikan.

Kesimpulannya

Berdasarkan segala hujjah ringkas yang telah saya lontarkan sebentar tadi, kita boleh simpulkan bahawa penghalang pertama bagi azam kita adalah diri kita sendiri. Sebab itu ramai yang gagal mencapai azam-azam yang terdahulu. Tetapi sampai bila kita ingin bersikap begini? Saya nasihatkan semua termasuk diri sendiri, sudah cukup sudah, cukup sampai disini sahaja. Berazamlah setinggi langit untuk tahun yang baru ini, berazamlah untuk mengubah hidup diri. Dan teguhkan pendirian diri, ambilah nasihat para murabbi. Pastikan azam kali ini bukan kata-kata kosong. Tukarkan impian kepada realiti. Walau satu dunia tertawakan kita atau menghalang kita, ingatlah tiada yang dapat menghalang kita dari mencapai cita-cita melainkan diri sendiri.

“Ketahuilah realiti hari ini adalah impian semalam, dan impian hari ini adalah realiti hari esok”
(Hassan Al-Banna)

Kembara Ilmu

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,

  Alhamdulillah, syukur kepada ilahi kerana atas limpah rahmat dan nikmatnya kita masih hidup dan berpeluang untuk memasuki tahun baru dan alam persekolahan yang baru. Masa berlalu dengan begitu cepat sekali, pejam celik pejam celik sudah masuk tahun yang baru dan sudah berakhir cuti sekolah. Semoga cuti akhir tahun kita adalah cuti yang produktif dan diredhai Allah. Banyak pengalaman yang diterima sepanjang cuti ini dan banyak juga memori manis yang terpahat pada cuti kali ini. Mungkin sebab ini cuti akhir tahun terakhir saya sebagai pelajar tingkatan 5 2013? Hanya Allah yang tahu apakah perasaan saya bergelar sebagai pelajar tingkatan 5.

  Post pada kali ini bukanlah untuk bercerita tentang aktiviti-aktivit yang saya lakukan ketika bercuti, walau banyak juga pengalaman menarik tetapi itu bukan sebab saya buat post pada kali ini. Tujuan untuk post kali ini adalah untuk membakar semangat pelajar-pelajar yang akan menuntut ilmu pada tahun yang baru ini. Kebanyakan dari kita mungkin sekadar pergi ke sekolah untuk berjumpa kawan, belajar demi PMR/SPM atau kerana terpaksa. Secara jujurnya, berapa ramai dari kita yang ikhlas pergi ke sekolah untuk belajar? Saya jamin tidak ramai yang pergi ke sekolah ikhlas demi ilmu

  Jadi tanpa membuang masa lagi saya akan senaraikan beberapa kata-kata untuk dijadikan pembakar semangat kita untuk menghadapai sesi persekolahan yang baru di sekolah. Keistimewaan penuntut ilmu adalah seperti yang berikut :-

1- Dimudahkan jalan menuju syurga. Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. At-Tirmidzi)

2- Didoakan oleh para malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang lain. Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa menempuh suatu jalan dengan tujuan mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga. Selain itu, malaikat akan meletakkan sayapnya bagi orang yang mencari ilmu sebagai keredhaan atas tindakannya. Sesungguhnya yang ada di langit dan bumi, bahkan ikan-ikan di laut, akan memohonkan ampunan bagi orang yang menuntut ilmu. Keutamaan orang berilmu atas ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan atas planet yang lain. Para ulama adalah pewaris manusia. Dan, para nabi tiada mewariskan dinar atau dirham, melainkan ilmu. Maka, barang siapa mengambilnya, berarti ia telah mengambil bagian yang sempurna.” (HR. Ahmad)

3- Rasulullah diperintah Allah untuk berdoa meminta tambahan ilmu, tetapi tidak diperintah untuk berdoa minta tambahan harta. Hal ini menunjukkan bahwa ilmu lebih mulia daripada harta. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al-Qur’an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah, ‘Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan’” (Thaha: 114).

4- Allah akan menaikkan darjat orang yang memiliki ilmu. Dalam Al-Qur`an disebutkan, “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al-Mujadilah: 11).

5- Orang yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, tandanya adalah orang itu memahami ilmu agama. Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka Dia jadikan orang itu memahami agama.” (HR. Bukhari, Muslim, dan At-Tirmidzi)

6- Orang yang mempelajari ilmu kemudian menyampaikannya kepada orang lain, akan mendapat kasih sayang dari Allah swt. Rasulullah saw bersabda, “Allah akan menyayangi orang yang mendengar sesuatu dari kami, kemudian menyampaikannya sesuai yang didengar. (HR. Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi).

  Selain keutamaan-keutamaan di atas, masih banyak lagi keutamaan-keutamaan lainnya. Dalam sebuah kisah diceritakan bahawasanya Sayyidina Ali ra ditanya mana yang lebih diutamakan, harta atau ilmu? Maka Sayyidina Ali ra menjawab bahawa ilmu lebih utama dibandingkan harta. Beliau memberi 10 alasan berikut:

1 Ilmu adalah pusaka para nabi sedangkan harta adalah pusaka Qarun, Fir’aun, dan lain-lain.

2. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.

3. Pemilik harta banyak musuhnya, sedangkan pemilik ilmu banyak temannya.

4. Harta apabila diberikan akan berkurang, sedangkan ilmu jika diberikan pasti akan bertambah.

5. Pemilik harta dipanggil dengan sifat bakhil dan dihina, sedangkan pemilik ilmu dipanggil dengan nama keagungan dan kemuliaan.

6. Harta perlu dijaga dari pencuri, sedangkan ilmu tidak perlu dikunci.

7. Pemilik harta kelak diakhirat akan dihisab, sedangkan pemilik ilmu akan diberi syafa’at.

8. Harta akan berkarat bila lama disimpan, sedangkan ilmu tidak akan berkarat dan tidak rosak kerana umur.

9. Harta boleh mengeraskan hati, sedangkan ilmu boleh menerangkan hati.

10. Pemilik harta boleh mengaku-ngaku sebagai tuhan disebabkan hartanya seperti Fir’aun dan lain-lain sedangkan pemilik ilmu mengaku sebagai hamba Allah.